Grooming available di HQ sahaja, namun bagi yang ingin hantar di cawangan Sg Udang, boleh booking untuk hari Selasa/Khamis. Anda boleh hantar kucing di cawangan Sg Udang sebelum 11.30am. Jam 12 tengah hari driver akan bawa kucing ke HQ untuk grooming. Dalam 6-7pm, once kucing sampai Sg Udang semula crew kedai akan call untuk pick up kucing 😊
😸 slot terhad setiap hari
😸 hendaklah booking terlebih dahulu
😸 perlu bawa kucing dengan carrier dan drop saja
❌ tidak menerima kucing garang/bunting/baru lepas vaksin
❌ tiada boarding
Basic grooming; mandi, potong kuku, cuci telinga (available Isnin-Sabtu)
Lion cut; cukur botak, mandi, potong kuku, cuci telinga
‼️ Harga bagi setiap servis adalah seperti di dalam gambar di bawah, manakala minimum RM10 adalah bayaran untuk tempahan slot grooming (deposit/booking fee).
Tempahan tanpa bayaran tidak akan dimasukkan dalam slot booking. Bayaran minimum RM10 adalah untuk kita block slot grooming kucing anda dan selepas grooming anda hanya perlu bayar selebihnya sahaja. ☺️
Bayaran tempahan tidak akan dikembalikan sekiranya anda batalkan tempahan booking tersebut last minute. Boleh Wasap admin kami sehari sebelum tarikh sesi grooming, jika anda perlukan bantuan untuk reschedule slot grooming 😇
Nota tambahan:
Reschedule slot hanya dibenarkan sebanyak 2 kali sahaja, dan perlu reschedule dalam masa 2 minggu selepas tarikh tempahan.